Monday, September 21, 2009

:: perutusan raya ::

"alamak!!!... santan habiiiissss!!......" lpas tu suami c mck dan seekor monyet berlumba-lumba untuk dapatkan santan yang terbaik, kurang lemak dan sebagainya..
sampaikan misai c pck sorang lagi dengan tak sengaja tergunting ole tukang gunting...
ni lah dia antara bait2 skrip dan babak iklan santan M&S yang biasa kita dengar bila bulan puasa dan dkt raya.. huhu... iklan ni aku slalu tgk bila tonton ranc citarasa Dt. Siti Nurhaliza.. tak pernah ktinggalan tau.. heheh.. i minat sgt dengan dia ni....

di sini aku ingin ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada seluruh umat Islam sama ada di Malaysia mahupun di seluruh dunia..
kepada kawan2 ku semua, maaf zahir batin aaaa.. aku tym raya ni rasanya tak pegi mana2..
kalau korang ada masa, datanglah ke ruma yaaaaaaaa...

rs happy smbut 1st raya smlm dgn kluarga..
pck mck dgn famili msing2 pun ada..
riuh rendah kampung laman.. sapa salam sahut-sahutan..
indahnya di hari raya...

tapi menitis juga air mata syawal bila bersalam2an dgn mami, abah dan sanak saudara..
byk pla kisah2 dlu teringat..
apa2 pun, maaf zahir dan batin dari semua..
andai ada salah silap..

teringat pla 1 cerita..
ni kisah adik apit aku...
dia ni beriya-iya mau tgk muka pck yang umumkan tarikh raya tu..
dia mo tgk sama ada pck tu senyum atau tidak..
kalau senyum maknanya raya lah esoknya..
kalau x senyum.. lusa baru raya..
dia cakap ni dia punya teori.. jd dia mo pastikan..
punyalah dia happy bila tgk pck tu senyum...
hahaha... coincident la katakan.. esok jd pla raya..
bangganya dia.. teori dia menjadi.. huhu..

akhir kata..
selamat hari raya aidilfitri..
maaf zahir dan batin..
salam 1 MALAYSIA..


Wednesday, July 1, 2009

:: aduinaaa... ::

Aduinaaa..
baru hari ni aku berkesempatan mengisi sesuatu di blog merah ni..

Minggu ni adalah minggu terakhir aku di dalam latihan industri di Majlis Perbandaran Sandakan.
lepas ni.. apa plan?
kerja? study lagi?
dua2 pun aku mau..
rindu pla dgn member2 kolej.. nt ada ms kt buat reunion aa..
tp bila?
aku rasa masing2 jg sibuk..
klu dpt jumpa..
aduinaaa.. bestnya laaa...

Saturday, April 18, 2009

:: Hatinya ::

mula bertanya diri apakah maksud hati..
membiarkan pelangi berlalu sendiri..
warna-warninya yang indah penuh erti..
yang sebenarnya putih yang indah berseri..

sebelumnya hujan yang menerpa..
membasahi tanah yang tandus..
bukan niat meminta pada siapa..
tapi ingin suatu hamparan cinta kudus..

Tuesday, April 14, 2009

:: lelaki itu memandang ke sana ::


lelaki itu berdiri bersandarkan tiang lampu yang bercahaya pada malam purnama..
apakah yang dilihatnya..
kenapa dia memandang ke arah sana?
dia sendiri.. bersendirian..
apakah dia ingin mengubah perjalanan hidupnya..
apa kata hatinya?
dia agak jauh dari tempat itu..
dia ingin sampai ke situ..
tapi dia masih lagi berdiri bersandarkan tiang lampu..
statik pada kedudukannya..
apakah dia masih berfikir ke manakah hala tujunya?

::sesaat di situ ::



jari jemari beriya-iya menari di atas papan berhuruf ini..
ingin mengutarakan maksud yang tidak tahu apa ertinya..
minda ligat berpusing mencari suatu tanda yang mungkin boleh dikongsi..
rasa kian jauh.. hati kian sepi.. terang kian malap..
siapakah yang berlari keriangan dulu.. mencari destinasi yang ingin ditemu..
yang tahu apa yang mahu dicari..

dalam termangu melihat langit biru..
walau sesekali awan menampakkan diri..
terdengar bisikan sang bayu melagukan bahasa..
bahasa indah yang tidak dapat pendengar fahami..
suatu rasa yang keliru pada suatu perkara yang ingin diterkah..

apa guna berlari kalau hati merasa penat..
penat pada pusingan masa dan ligatnya fikiran..
fikiran yang membawa pada suatu jalan yang sesat..
sesat dalam mencari suatu perjalanan yang lurus..
lurusnya hati.. namun mudah gabra..
gabranya hati.. namun mudah tersentuh..
tersentuhnya hati.. namun ada suatu kegagahan..
kegagahan yang membawanya terus teguh.. kukuh..
pada suatu denai pancaroba yang menyakitkan..

Monday, April 13, 2009

:: buta ::


Buta tak kenal hati
Buta tak nampak jiwa
Buta tak tahu maksud
Buta tak faham kata
Buta tak rasa resah
Buta tak tahu jalan
Buta tak suka terang
Buta tak takut kelam
Buta pada hati.. mati
Buta pada jiwa.. sakit
Buta pada maksud.. keliru
Buta pada rasa.. binasa
Buta pada jalan.. sesat
Buta pada terang.. gelap
Buta pada kelam.. hitam

Sunday, March 22, 2009

::berTIGA denganmu...::




Tak lama dulu.. aku berkenalan dengan mereka berdua.. Ena dan Haja..
Dua sahabat baik yang bersama-samaku tika susah mahupun senang..
teman menangis dan ketawa..

Ena - budak labuan yang suka warna kuning...
tagnya.. "kerabau"
Haja - budak sungai besar selangor yang suka warna hijau muda..
tagnya.. "spongebob"
kedua-dunya pun ada perkara yang buatkan aku senang berkawan dengan mereka..

Kami suka buat benda yang pelik-pelik..
Macam... make-up di tengah malam semata-mata untuk ambil gambar..
Malam tu kami buat tema Gothic..
Dengan berlatar belakangkan Jalur Gemilang..
Kami posing macam-macam gaya..
Buat aku tersenyum sendiri bila ingat kenangan ni..
Lepas ambil gambar..
Kami makan ramai-ramai..
Makan apa yang ada..
mesti bahagi tiga.. bahagia rasanya..
Masa tu, markas geng adalah rumah Haja..


Sem akhir tahun 3 kali ni pla..
markas geng berpindah ke rumah aku..
Mungkin disebabkan lokasi rumah aku yang berada ditengah-tengah antara rumah diorang nie..
hehe...
Baru-baru nie..
Ena bagi cadangan mau buka spa kunun di kolej IP nie..
agak menarik juga cadangannya tu..
Ena mau buat bahagian asap-asap untuk resdung, facial dan yang berkaitan..
Aku plak bahagian urut refleksologi dll, make up, yang ala-ala salon.. gunting rambut pun ada..
(spa ada gunting rambut ka?? Mm.. mungkin boleh buat pakej)
Haja plak... dia kata masih mau fikir lagi apa mau buat..
Mungkin ni hanyalah fikiran yang bukan-bukan..
Tapi manalah tau ia adalah langkah pertama.. hehe...

Bestla.. aku suka kawan ngan diorang ni..